Memahami konsep sifat kalis air (water-resistant) bagi jam tangan.
1. Bukan Kalis Air (Non-water resistant)
Sekiranya tiada perkataan "WATER RESISTANT" tidak tercatat pada belakang jam tangan, menunjukkan bahawa jam tersebut bukan jenis kalis air. penjagaan jam tangan ini perlu mengelakkannya daripada terkena air.
2. Kalis Air, 3 Bar (Water Resistant, 3 Bar)
Bagi jam tangan yang mempunyai penanda "WATER RESISTANT" di belakang case menunjukkan bahawa jam ini mempunyai standard 3 bar yang membawa maksud ketahanan jam tangan tersebut terhadap air hanya kepada percikan air dan TIDAK sesuai untuk tujuan berenang atau menyelam.
3. Kalis Air, 5 Bar (Water Resistant, 5 Bar)
Penanda "WATER RESISTANT 5 BAR" atau "WR50M" menunjukkan bahawa jam tangan tersebut mempunyai ketahanan terhadap tekanan air sedalam 50meter. Sesuai dipakai semasa melakukan aktiviti renangan, membasuh tangan, mencuci kereta dan mandi.
4. Kalis Air, 10 Bar, 15 Bar, 20 Bar ( Water Resistant, 10, 15, 20 Bar)
Tertera perkataan:
WATER RESISTANT 10 @ WR10M
WATER RESISTANT 15 @ WR15M
WATER RESISTANT 20 @ WR20M
Standard kalis air bagi 10, 15, dan 20 Bar terukir dibelakang dan di permukaan depan jam tangan menunjukkan kebolehtahanan jam tangan tersebut terhadap tekanan air mengikut Bar. contohnya WR10M membolehkan jam tangan tersebut berada dalam tekanan air 100meter dan begitulah seterusnya. Namun begitu, penggunaan untuk aktiviti skuba dan penyelaman adalah tidak sesuai melainkan tertera perkataan "DIVER WATCH 200M"
"Crown"
Sebelum membawa jam tangan dalam aktiviti air, perlu diingatkan untuk memastikan "crown" (butang pemutar jarum jam) telah ditekan rapat dan jangan melakukan sebarang pelarasan (adjustment) pada crown jam tangan.
Sekiranya jam dibawa berenang ke laut, perlu membilas jam tangan tersebut dengan air biasa dan keringkan.
Jika jam tangan dipakai semasa berada di tempat bersuhu hangat mungkin akan menyebabkan ketepatan masa akan berubah samada cepat atau lambat pergerakan operasi jam dari ketepatan asalnya. Namun begitu, ketepatan operasi jam tersebut akan kembali seperti biasa apabila suhu jam kembali normal.
Tekanan
Tekanan dalam bentuk 'bar' adalah tekanan ujian yanng tidak boleh dianggap sebagai penunjuk kepada keadaan sebenar semasa aktiviti renangan atau selaman. Hal ini kerana tekanan air dan tempoh berada di dalam akan mempengaruhi kondisi jam tangan tersebut.
Julat Suhu (khas untuk jam tangan analog)
Suhu yang sesuai untuk jam beroperasi dengan stabil adalah pada julat suhu diantara 5°C hingga 35°C, manakala pada suhu melebihi 50°C boleh mengakibatkan kerosakan dan memendekkan hanyat bateri jam tangan.
Magnetism
Ketepatan jam mungkin akan berubah sekiranya terdedah kepada unsur-unsur magnet yang tinggi terutamanya bagi jam tangan jenis Quartz.
Pemeriksaan Berkala
Pemeriksaan kondisi jam perlu dilakukan setiap 2-3 tahun sekali bagi memastikan perjalanan enjin jam dalam keadaan baik. Pemeriksaan perlu dilakukan oleh kedai jam yang telah mendapat 'authorised' atau hantar ke pusat servis jam.
Penjagaan Case dan Tali Jam Tangan
Sekiranya ingin membeli jam jenis tali yang terbaik adalah daripada material metal atau besi tahan karat (stainless steel) berbanding tali jam jenis kulit. Penjagaan perlu mengelakkan tempat yang berdebu, kelembapan dan peluh, dan kerapkan untuk mengelap tali jam dengan kain yang lembut .
Bahan Kimia
Elakkan jam tangan daripada terdedah kepada bahan kimia seperti semburan kosmetik (perfume), sabun, peluntur pakaian, alkohol dan lain-lain bahan yang boleh bertindak balas terutamanya kepada tali jam tangan dan case.
Jam tangan merupakan aksesori yang dipakai dan akan digunakan berulang kali, penjagaan terhadap sensitiviti jam tangan tersebut perlu diperhatikan supaya boleh bertahan lama. Apatah lagi sekiranya jam tangan tersebut mempunyai "sentimental value" kepada pemiliknya.